SOALAN LAZIM

Ada Soalan?

Kad Prabayar adalah instrumen pembayaran tanpa tunai yang membolehkan anda membeli barangan dan perkhidmatan di semua peniaga di seluruh dunia dan pengeluaran tunai di mana-mana ATM yang dibolehkan di seluruh dunia.

Anda juga boleh menggunakannya seperti kad debit atau kredit. Dana mesti dikreditkan ke dalam Kad Prabayar anda sebelum membuat sebarang transaksi. Pemegang Kad mesti memastikan bahawa dana akan mencukupi sebelum sebarang transaksi dibuat.

Kad Kredit juga dipanggil sebagai kad hutang. Anda membeli-belah terlebih dahulu dan membuat pembayaran kemudian hari. Ia mempunyai terma & syarat-syarat untuk memohon. Salah satu syarat adalah jumlah pendapatan tahunan. Tidak semua individu mampu mendapatkannya.

 

Kad Debit adalah kad yang dihubungkan terus ke akaun bank. Untuk pemahaman yang mudah, kami memanggilnya sebagai akaun debit. Kad yang tidak mempunyai akaun bank tidak dipanggil kad debit. Kad debit tidak boleh digunakan jika akaun bank tidak mempunyai jumlah baki yang mencukupi.

Kad debit juga boleh digunakan sebagai kad ATM untuk mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM. Kad ini sebenarnya hanyalah alat untuk membelanjakan wang dan 'tidak mempunyai nilai kewangan di dalamnya'.

 

Kad Prabayar berbeza daripada kedua-dua jenis kad di atas, walaupun konsepnya sama seperti kad debit, tetapi ia tidak dihubungkan dengan mana-mana akaun bank. Konsep kad prabayar ini adalah nilai yang boleh dibelanjakan bergantung kepada amaun wang yang ada di dalam kad. Konsep ini sama seperti kad Touch n Go dan kad prabayar telefon yang perlu ditambah nilai semula sebelum menggunakannya.

Manfaat termasuk yang berikut:

  • Tiada pendapatan minimum untuk memohon
  • Tiada akaun bank diperlukan
  • Kemudahan dalam membuat pembayaran di peniaga/kedai terpilih di seluruh dunia
  • Pengeluaran tunai daripada ATM (VISA PLUS) di seluruh dunia
  • Membeli-belah atas talian
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Pemohon mesti memberikan e-mel dan nombor telefon bimbit berdaftar Malaysia yang sah.
  • Pemohon mestilah menyediakan alamat kediaman dan surat-menyurat yang sah di Malaysia.
  • Pemohon perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah

Terdapat 3 jenis deposit di mana peniaga akan menahan/memegang dana anda untuk tempoh yang singkat.

 

  • Stesen Minyak - Apabila anda membayar di pam, peniaga akan 'embargo' RM200 dalam Akaun Kad anda, walaupun anda tidak mengepam petrol dengan nilai itu. Dana yang tidak digunakan akan dipulangkan semula ke Akaun Kad dalam masa 24 jam. Untuk mengelakkan ini, lebih baik untuk terus ke kaunter juruwang dan membayar jumlah yang tepat dengan kad.
  • Hotel - Sesetengah hotel akan meminta 'deposit' semasa anda mendaftar masuk dengan pembayaran kad. Anda dinasihatkan untuk bertanya tentang jumlah 'deposit' yang diperlukan. Jumlah ini akan diletakan di status 'on-hold'. Peniaga akan 'melepaskan' dana selepas anda mendaftar keluar, kadangkala juga mengambil masa beberapa hari.
  • Bayaran Berulang - Jika anda mendaftar untuk ini, sila pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi dalam Akaun Kad anda sebelum tarikh akhirnya.

Lindungi dan simpan kad anda seolah-olah ianya wang tunai. Pastikan ia di tempat yang selamat dan jangan kongsi nombor kad dan pin anda kepada sesiapa sahaja. Adalah sangat penting bagi pemegang kad untuk menyimpan kad, nombor kad dan nombor PIN daripada penipuan atau disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Sila hubungi kami dengan segera untuk menyahaktifkan kad anda sebelum ia boleh digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Ya, ia dinyatakan pada kad anda. Jika kad mempunyai baki sifar selama 3 bulan berturut-turut, kad anda akan ditamatkan secara automatik.

Ya, untuk pengeluaran tunai, had harian ialah RM2,990.00.

Ya, jumlah minimum yang perlu dimasukkan ke dalam kad ialah RM10.00. Jumlah ini akan disimpan dan tidak boleh dikeluarkan.

Ya, jumlah maksimum yang boleh anda simpan ke dalam kad ialah RM10,000.00.

Sebelum transaksi dibuat, pemegang kad perlu memastikan baki adalah mencukupi. Sila semak baki kad anda sebelum membuat sebarang transaksi.

Terdapat 4 kaedah untuk pemegang kad menambah nilai dana mereka ke dalam Kad Prabayar.

No.

Kaedah Tambah Nilai

Catatan

1.

Melalui Mesin Deposit Tunai (CDM)

CIMB Bank Sahaja

2.

Melalui (ATM)

CIMB Bank Sahaja

3.

Melalui Perbankan Atas Talian

CIMB Cliks Sahaja

4.

Melalui E-pay

Kiosk terpilih

Ya, ia bergantung kepada kaedah tambah nilai yang anda pilih. Sila rujuk jadual di bawah:

KAEDAH TAMBAH NILAI

AMAUN

TEMPOH TAMBAH NILAI

CAJ

E-PAY

RM 30.00 – RM500.00 bagi setiap transaksi

Dalam masa 30 minit

RM2.00 setiap transaksi

CIMB – ATM

Minimum RM1.00

24 jam

RM1.00

CIMB – CDM

Minimum RM10.00

24 jam

RM1.00

CIMB CLIKS

Minimum RM1.00

24 jam

RM0.50