
[Nordin Othman]
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan serta merubah kehidupan dan rutin harian komuniti di seluruh dunia. Perubahan ini memaksa kerajaan dan peniaga untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pendigitalan menjadi elemen yang sangat penting dalam industri pada hari ini untuk kekal relevan. Kita perlu berinovasi dengan lebih cepat dan bijak dengan perubahan minda dan budaya yang sedia ada.
Komuniti teknologi global perlu saling bergantung antara satu sama lain bagi memastikan kesejahteraan bersama. Hari ini, kita menyaksikan perubahan ketara di mana pekerjaan dilakukan dari jarak jauh (di rumah) dengan akses kepada perkhidmatan digital dalam setiap domain, termasuk perubatan, pendidikan, kewangan, hiburan, dan banyak lagi.
Pada tahun-tahun akan datang, perkhidmatan digital akan lebih meluas kerana komuniti mula menyesuaikan diri dan bilangan mereka yang bekerja dari rumah semakin bertambah. Kami telah membangunkan komuniti teknologi yang unik dimana Ia menyentuh hampir setiap aspek kehidupan masyarakat dunia. Kami amat yakin dengan teknologi yang dimiliki, kejayaan yang lebih penting akan dicapai untuk membawa impak di peringkat global. Jangkaan saya, tidak ada perbezaan dalam tempoh kritikal ini.
Kami mengharapkan sokongan yang berterusan daripada anda dalam perjalanan ini. Apa yang kita lakukan pada hari ini akan membawa perbezaan untuk masa akan datang. Saya yakin bahawa Paradise Linx akan terus menjadi sebuah syarikat inovatif dan dipercayai oleh ahli komuniti – bukan hanya sekarang, tetapi selama-lamanya!
DUNIA DIGITAL MENGUBAH KEHIDUPAN KOMUNITI

DUNIA DIGITAL MENGUBAH KEHIDUPAN KOMUNITI

Dunia digital masa kini
berinovasi dengan pantas dan mempengaruhi semua aspek kehidupan kita. Hakikatnya teknologi digital telah menjadi instrumen penting tidak kira dalam kehidupan sosial, hiburan, perniagaan, atau aktiviti lain.

Kebanyakan komuniti
Ianya seperti satu keperluan bagi kita pada hari ini."Kebanyakan rutin harian komuniti
akan terganggu tanpa kehadiran teknologi digital. Situasi ini telah membawa kepada perubahan besar dalam model perniagaan industri dan syarikat untuk memenuhi keperluan dan kekal relevan.

Ianya seperti satu keperluan bagi kita pada hari ini. "Kebanyakan rutin harian komuniti
akan terganggu tanpa kehadiran teknologi digital. Situasi ini telah membawa kepada perubahan besar dalam model perniagaan industri dan syarikat untuk memenuhi keperluan dan kekal relevan.

"
Mobilisasi teknologi digital telah mewujudkan kehidupan komuniti yang lebih canggih. Secara positif, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk membina ekosistem digital yang lebih luas dan komuniti yang berdaya saing pada masa akan datang.

PARADISELINX mempunyai objektif yang jelas dalam kemajuan perdagangan digital hari ini. Usaha pendigitalan perlu dikembangkan dalam kalangan komuniti bagi memastikan daya saing sentiasa berada di tahap optimum.
Melalui objektif ini, PARADISELINX cenderung untuk menyediakan platform penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang PINTAR, MUDAH, dan SELAMAT. Usaha-usaha ini dilaksanakan ke arah membantu komuniti menyesuaikan diri dengan kemajuan dunia digital dan membina ekosistem perdagangan digital yang lebih luas.

Melibatkan komuniti dalam pelbagai program teknologi digital bagi meningkatkan kesedaran dan mewujudkan ekosistem digital yang lebih luas.

Melibatkan komuniti dalam pelbagai program teknologi digital bagi meningkatkan kesedaran dan mewujudkan ekosistem digital yang lebih luas.

Membantu dan menerajui dunia digital dengan mewujudkan platform penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang PINTAR, MUDAH dan SELAMAT untuk memastikan kesejahteraan komuniti.

Membantu dan menerajui dunia digital dengan mewujudkan platform penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang PINTAR, MUDAH dan SELAMAT untuk memastikan kesejahteraan komuniti.
PERJALANAN KAMI

Ditubuhkan pada tahun 2012 di bawah Akta Syarikat 1956 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dan beroperasi sebagai perunding sumber manusia dan pengambilan pekerja

Membuat penstrukturan semula pada 2017 dan menukar struktur perniagaan kepada pembekal platform penyelesaian pembayaran tanpa tunai.
Bermula sebagai penjual semula Kad Prabayar untuk Program Khidmat Imigran

Secara rasminya dilantik sebagai pembekal Kad Prabayar untuk peserta Program Khidmat Imigran
Menguruskan pendaftaran dan segala urusan berkaitan kebajikan kad prabayar

Menukar kaedah perniagaan kepada penganjuran, promosi dan pengurusan acara. Melancarkan program pertama yang dinamakan "Program Komuniti Paradiselinx" ke arah pendigitalan komuniti dan menyediakan manfaat yang menarik untuk ahli komuniti.

Melancarkan aplikasi penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang disebut sebagai dKocek dan kad Prabayar sebagai salah satu faedah untuk ahli "Program Komuniti Paradiselinx".