Masa depan yang cerah untuk komuniti!

Kepada pelanggan dan rakan kongsi kami yang dihargai,

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan dan mengubah kehidupan dan rutin harian masyarakat di seluruh dunia. Perubahan ini memaksa kerajaan dan peniaga untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pendigitalan menjadi elemen yang sangat penting dalam industri pada hari ini untuk kekal relevan. Kita perlu berinovasi dengan lebih cepat dan bijak dengan perubahan minda dan budaya yang sedia ada. Komuniti teknologi global perlu saling bergantung antara satu sama lain bagi memastikan kesejahteraan bersama.

Hari ini, kita menyaksikan perubahan ketara di mana pekerjaan dilakukan dari jarak jauh (di rumah) dengan akses kepada perkhidmatan digital dalam setiap domain, termasuk perubatan, pendidikan, kewangan, hiburan, dan banyak lagi. Pada tahun-tahun akan datang, perkhidmatan digital akan lebih meluas kerana komuniti mula menyesuaikan diri dan bilangan mereka yang bekerja dari rumah semakin bertambah.

Kami telah membangunkan komuniti teknologi yang unik dimana Ia menyentuh hampir setiap aspek kehidupan masyarakat dunia. Kami amat yakin dengan teknologi yang dimiliki, kejayaan yang lebih penting akan dicapai untuk membawa impak di peringkat global. Jangkaan saya, tidak ada perbezaan dalam tempoh kritikal ini. Kami mengharapkan sokongan yang berterusan daripada anda dalam perjalanan ini.

Apa yang kita lakukan pada hari ini akan membawa perbezaan untuk masa akan datang. Saya yakin bahawa Paradise Linx akan terus menjadi sebuah syarikat inovatif dan dipercayai oleh ahli komuniti – bukan hanya sekarang, tetapi selama-lamanya!

Nordin Bin Othman
Ketua Pegawai Eksekutif